Oh Psikolinguistik

Hi semua! Selamat datang ke laman blog saya. 

Tujuan blog ini dibina ialah untuk menceritakan hal yang saya pelajari pada semester ini iaitu  Psikolinguistik. Saya pasti anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Psikolinguistik dalam mana-mana rencana, buku, siaran TV ataupun akhbar.

Bagi yang belum tahu apakah itu Psikolinguistik.. 
jadi disini saya akan menceritakan sedikit definisi Psikolinguistik serta domain-domain yang terdapat dalam bidang psikolinguistik ini. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan psikolinguistik terhasil daripada dua gabungan perkataan iaitu Psiko dan Linguistik. Secara maklumat asasnya, psiko merupakan sesuatu berkaitan dengan minda manakala linguistik ialah bidang bahasa. Jadi dapat disimpulkan bahawa psikolinguistik ialah gabungan dua aspek iaitu minda dan Bahasa.

Menurut Kamus Dewan, psikolinguistik ialah ilmu yang berkaitan hubung­an antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia. Terdapat juga beberapa tokoh Bahasa yang turut memberi definisi psikolinguistik. Salah satunya ialah J.B. Gleason & N.B. Ratner (1998) dalam buku Psycholinguistic menyatakan bahawa psikolinguistik ialah satu bidang yang mengutamakan proses psikologi dalam memperolehan Bahasa dan menggunakan Bahasa.


Dalam penyelidikan Psikolinguistik ini, terdapat beberapa domain yang penting dan perlu diketahui. Berikut merupakan domain penyelidikan psikolinguistik:
  • Penghasilan Bahasa
  • Pemahaman
  • Pemerolehan Bahasa
  • Gangguan Bahasa
  • Bahasa dan pemikiran
  • Neurokognisi
Perkongsian diatas merupakan perkara asas dalam bidang psikolinguistik. Saya akan berkongsikan mengenai psikolinguistik dengan lebih mendalam bersama anda demi masa ke semasa. 

Sebagai pelajar yang mengambil subjek psikolinguistik, kami ditugaskan untuk mengambil gambar dan mengaitkan gambar yang diambil dengan psikolinguistik. 




Gambar 1
Gambar 2 dikaitkan dengan domain neurokognisi iaitu minda menghasilkan bahasa dan bahasa yang ingin sampaikan ialah melalui gerak geri badan atau perbuatan. Gambar diatas menunjukkan saya sedang melihat jam tangan. Secara tidak langsung minda kita akan memikirkan bahawa saya sedang mengira masa atau apa-apa yang berkaitan dengan masa.


Gambar 2

Gambar diatas dapat dikaitkan dengan domain penghasilan bahasa kerana bahasa digubah melalui reaksi muka. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa dapat dilihat melalui ekspresi muka seseorang. Gambar ini menunjukkan ekpresi muka yang gembira untuk menyambut para graduan

Gambar 3
Gambar 3 pula berkaitan dengan gangguan bahasa iaitu berlakunya gangguan-
gangguan dalam sistem pemprosesan bahasa. Jika dilihat pada gambar tersebut, mendapati bahawa saya tidak dapat berfikir secara focus tentang gaya yang hendak dibuat. Oleh itu, penyampaian bahasa melalui perbuatan tidak tercapai.

 Gambar 4

Gambar 4 pula dapat dikaitkan dengan domain penghasilan Bahasa. Penghasilan Bahasa adalah mengenai maklumat Bahasa yang ingin disampaikan digubah ke gelombang isyarat tangan. Terdapat isyarat tangan yang seolah-olah ingin mencapai sesuatu. Jadi dapat diinterpretasikan bahawa saya ingin mencapai kejayaan.


Gambar 5

Gambar 5 turut dikaitkan dengan penghasilan bahasa. Kerana isyarat tangan dimuka seperti menunjukkan perasaan tidak sabra untuk menyambut para graduan USM.

Video selingan.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BAKAL GRADUAN 🙋

Popular posts from this blog

Refleksi Minggu Kedua