Refleksi Minggu Kedua

Kuliah 3 (17 September 2019/Selasa)

Tajuk: Pengenalan Kepada Psikolinguistik (Sambungan)


Bagi kulaih yang ketiga ini, Dr. Odi telah mengambil alih tugas Dr. Rozaida kerana Dr.Rozaida tidak dapat hadir ke kuliah selama dua minggu. Dr. Odi menyambung sesi pembelajaran seperti biasa dan kami diajar mengenai domain penyelidiakan psikolinguistik seperti yang dinyatakan dalam entri refleksi minggu pertama dan secara tidak langsung saya mengulang kaji atau mengingat semula mengenai pembelajaran pada semester-semester yang lepas.

Semasa kuliah ini dijalankan, Dr. Odi juga turut menyelitkan sebuah tugasan ringkas iaitu pelajar perlu memberi makna prototaip dan diberi masa selama empat minit untuk menulis. Walau bagaimanapun, selesai sahaja sesi tugasan tersebut pensyarah tidak memberi ulasan apakah sebenarnya makna prototaip dalam bidang linguistic.



Kuliah 4 (18 September 2019/Rabu)
Tajuk: Permainan Quizlet

Semasa kuliah dijalankan, pelajar dikehendaki untuk menyerahkan segala tugasan yang diberi. Kemudian, kami ditugaskan untuk memuat turun aplikasi Quizlet iaitu sebuah aplikasi permainan atas talian. Aplikasi ini sememangnya menyeronokkan kerana secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat membuat ulang kaji mengenai subjek-subjek yang telah dipelajari. Misalnya, pelajar dapat mengingati semula definisi-definis asas bagi domain penyelidikan psikolinguistik. Melalui aplikasi Quizlet ini, pelajar diberikan kumpulan secara rawak. Setiap kumpulan mempunyai empat orang ahli. Namun begitu, saya dapat menyimpulkan bahawa penggunaan aplikasi Quizlet perlu dijalankan di kelas yang bersesuaian dan kondusif. Hal ini kerana, DK J merupakan dewan kuliah yang sempit sehingga pelajar perlu mengambil kerusi tambahan. Sekiranya penggunaan aplikasi Quizlet ini dijalankan di dewan kuliah yang besar, lebih cepat pergerakan pelajar untuk mencari ahli kumpulan dan tidak mengambil masa yang lama.

Apabila selesai sesi soal jawab atas talian, Dr. Odi memanggil beberapa orang pelajar secara rawak untuk berkongsi jawapan mengenai tugasan yang diberi iaitu Anomali dan Penaabiran. Walau bagaimanapun, saya kurang memahami apakah yang dimaksudkan Anomali dan Penaabiran dalam bidang linguistik.

Sebagai pengakhiran sesi kuliah, kami diberi tugasan untuk menemu bual kanak-kanak semasa hari konvokesyen di jalankan.


Comments