Posts

Refleksi Minggu Kedua

Image
Kuliah 3 ( 17 September 2019/Selasa) Tajuk: Pengenalan Kepada Psikolinguistik (Sambungan) Bagi kulaih yang ketiga ini, Dr. Odi telah mengambil alih tugas Dr. Rozaida kerana Dr.Rozaida tidak dapat hadir ke kuliah selama dua minggu. Dr. Odi menyambung sesi pembelajaran seperti biasa dan kami diajar mengenai domain penyelidiakan psikolinguistik seperti yang dinyatakan dalam entri refleksi minggu pertama dan secara tidak langsung saya mengulang kaji atau mengingat semula mengenai pembelajaran pada semester-semester yang lepas. Semasa kuliah ini dijalankan, Dr. Odi juga turut menyelitkan sebuah tugasan ringkas iaitu pelajar perlu memberi makna prototaip dan diberi masa selama empat minit untuk menulis. Walau bagaimanapun, selesai sahaja sesi tugasan tersebut pensyarah tidak memberi ulasan apakah sebenarnya makna prototaip dalam bidang linguistic. Kuliah 4 ( 18 September 2019/Rabu) Tajuk: Permainan Quizlet Semasa kuliah dijalankan, pelajar dikehendak

Refleksi Minggu Satu.

Entri kali ini merupakan refleksi mengenai tajuk kuliah yang dipelajari semasa minggu pertama semester. Kuliah 1 ( 10 September 2019/ Selasa) Tajuk: Pengenalan Kepada Psikolinguistik Pada hari pertama, sesi kuliah dijalankan di DK W. Dalam kuliah ini kami diperkenalkan mengenai tenaga pengajar. Barisan pensyarah yang bakal mengajar kami ialah Dr. Rozaida, Dr. Radiah (Odi) dan Dr. Ivy. Pada masa yang sama, sesi kuliah tidak dapat dijalankan dengan lancer kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu gangguan teknikal (komputer tidak berfungsi sepenuhnya). Oleh yang demikian, kami diberi tugas untuk mencipta lagu berdasarkan lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir dan Sesungguhnya oleh Rabbani dan Alif Satar. Kami dibenarkan untuk memilih salah satu lagu sahaja dan dengan menggunakan lagu tersebut kami perlu mengubah lirik kepada lirik yang berkaitan dengan makanan tradisi. Setelah menghasilkan lagu, kami perlu merakamkan video nyanyian dan dimuat naik ke dalam aplikasi Wh

Oh Psikolinguistik

Image
Hi semua! Selamat datang ke laman blog saya.  Tujuan blog ini dibina ialah untuk menceritakan hal yang saya pelajari pada semester ini iaitu  Psikolinguistik. Saya pasti anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Psikolinguistik dalam mana-mana rencana, buku, siaran TV ataupun akhbar. Bagi yang belum tahu apakah itu Psikolinguistik..  jadi disini saya akan menceritakan sedikit definisi Psikolinguistik serta domain-domain yang terdapat dalam bidang psikolinguistik ini. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan psikolinguistik terhasil daripada dua gabungan perkataan iaitu Psiko dan Linguistik. Secara maklumat asasnya, psiko merupakan sesuatu berkaitan dengan minda manakala linguistik ialah bidang bahasa. Jadi dapat disimpulkan bahawa psikolinguistik ialah gabungan dua aspek iaitu minda dan Bahasa. Menurut Kamus Dewan, psikolinguistik ialah ilmu yang berkaitan hubung­an antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia. Terdapat juga beberapa tokoh Baha