Refleksi Minggu Satu.

Entri kali ini merupakan refleksi mengenai tajuk kuliah yang dipelajari semasa minggu pertama semester.

Kuliah 1 (10 September 2019/ Selasa)
Tajuk: Pengenalan Kepada Psikolinguistik

Pada hari pertama, sesi kuliah dijalankan di DK W. Dalam kuliah ini kami diperkenalkan mengenai tenaga pengajar. Barisan pensyarah yang bakal mengajar kami ialah Dr. Rozaida, Dr. Radiah (Odi) dan Dr. Ivy. Pada masa yang sama, sesi kuliah tidak dapat dijalankan dengan lancer kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu gangguan teknikal (komputer tidak berfungsi sepenuhnya). Oleh yang demikian, kami diberi tugas untuk mencipta lagu berdasarkan lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir dan Sesungguhnya oleh Rabbani dan Alif Satar. Kami dibenarkan untuk memilih salah satu lagu sahaja dan dengan menggunakan lagu tersebut kami perlu mengubah lirik kepada lirik yang berkaitan dengan makanan tradisi. Setelah menghasilkan lagu, kami perlu merakamkan video nyanyian dan dimuat naik ke dalam aplikasi WhatsApp serta Facebook

Tugasan ini sebenarnya adalah untuk melihat sendiri bagaimana minda kita dapat menghasilkan lirik lagu dengan bantuan kosa kata yang sedia ada dalam minda.


Kuliah 2 (11 September 2019/Rabu)

Tajuk: Domain-Domain Psikolinguistik

Pada hari kedua kuliah, Dr. Rozaida memperkenalkan kami Psikolinguistik dan domain-domain yang terdapat dalam psikolinguistik manakla Dr. Odi pula secara tidak langsung akan memberi contoh-contoh yang boleh dikaitkan dengan psikolinguistik. Psikolinguistik merupakan bidang yang paling tinggi dan sukar untuk difahami. Hal ini kerana, bidang psikolinguistik melibatkan kesemua domain-seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantic dan pragmatik. Oleh itu, bagi mempelajari psikolinguistik seseorang itu perlu mahir dalam kesemua domain tersebut.

Dalam psikolinguistik ini juga, pelajar akan mempelajarI penghasilan Bahasa, pemahaman, pemerolehan Bahasa, gangguan Bahasa, Bahasa dan pemikiran serta neurokognisi. Selain itu, Bahasa juga terdiri daripada empat ciri-ciri iaitu simbolik, distrukturkan secara hierarki, dikekang oleh rumus dan menyesarkan.






Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Minggu Kedua